KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI DAN PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti terkini | 10 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Pasir Tinggi

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dianjurkan khusus buat komuniti Kg Pasir Tinggi dan sekitarnya.
• Seramai 33 orang komuniti setempat telah menyertai program ini.
• Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan Tabung Haji dan diselitkan pertandingan mewarna kepada kanak-kanak yang hadir.

Tujuan :
• Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada komuniti tentang perkhidmatan Tabung Haji.
• Memberi peluang kepada komuniti di luar bandar untuk mendapatkan perkhidmatan Tabung Haji dengan lebih mudah.
• Membantu golongan komuniti khasnya golongan yang tiada kemudahan untuk ke Tabung Haji Kuala Berang.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang..
• Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan , antaranya taklimat daripada pihak Tabung Haji, pertandingan mewarna dan aktiviti cabutan bertuah.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memudahkan urusan komuniti untuk tidak perlu ke kaunter fizikal di bandar sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan Tabung Haji.
• Merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti dan staf PEDi.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :